Sunday, April 19, 2015

Lunchboxdiary Part 1





Alhamdulillah dah masuk minggu ke 13 yakni hari ke 58 misi 190hari tanpa kantin yang aku namakan sebagai #lunchboxdiary di fb. 
Kadang2 blank jugak tak tahu apa nak di buat. Tapi memikirkan harapan anak2 setiap pagi, aku gagahkan jugak memerah idea. 
Yang penting stock mesti ada. Idea last minute keluar mentol time mandi pun takde masalah. Hihi

Ramai kawan2 yg msg/wa tnya pasal resepi n preparation utk lunchbox ni. InsyaAllah mana yang aku tahu, aku akan share. Mana yg tak sure, kita blajar sama2 :)

Sebenarnya bila berjaya manage masa utk siapkan bekal anak2 setiap pagi, insyaAllah keja kita akan jd lebih mudah. Mana yg boleh prepare awal mcm rencah, filling etc kita buat sesiap. 
Biasanya aku akan ambil masa antara 20-30 min utk masak dan packing. Bagi yang bertanya macamana aku manage masa aku, pukul 5.15 bangun. Bersiap segala, lebih kurang 5.45-6.00 aku mula sauk apron. Ciklel akan uruskan anak2 dari mandi sampailah siap berbaju semua. (Alhamdulillah syukur aku punya lelaki limited edition ni :D ). 

Projek lunchbox ni sebenarnya dh masuk tahun ke 5. Sejak Emir tahun 1 lagi. Tapi sayangnya  4 thn sebelum ni aku tak terpikir nak dokumenkan. Tah kenapa tetiba tahun ni baru terpikir nak buat. Maybe sbb ramai kawan2 yg mintak share menu. 

Untuk resepi, biasanya aku akan share di fb bila ada permintaan dr kawan2. Moga2 dgn usaha kecil ni akan bawa manfaat pada ramai emak2 dan jd something yg akan anak2 kenang dlm hidup mereka..ewah ayat aku tak boleh blah. Hahahhaa.

Ok ini antara tips nya..

Untuk permulaan:
1. Plan menu seminggu
2. Beli stok cecukup. Kang itu takde ini takde patah lak semangat.
3. Siapkan rencah/bahan lebih awal (weekend/mlm)
4. Masak dengan kasih sayang.
5. Happy!



Fav Emir. Telur separuh masak dan butter toast.
Butter toast ni aku bakar pakai waffle maker. Nampak lebih menarik. :)





Chicken meatballs aku suka pakai brand Saudi.
Goreng tanpa minyak dlm airfryer (atau minyak skit atas pan biasa)



Ini time buntu plus stok dah kering dlm peti. Sudahnya gulungkan sosej dgn roti, celup telur (breadcrumb pun yilek) dan goreng minyak minimum mungkin. 


Roasted chicken yg diperap mlm sebelumnya...
Perapan: 
Bwg putih+halia tumbuk kasar
Sos tiram
Madu
Sos abc
Kicap manis 
Garam
Kiub ayam/secukup rasa
Black pepper
Masak pakai airfryer lebihkurang 10-15min. (oven/magic pan/pan biasa pun boleh)




Salmon byk tulang halus dalam isi. Hati2.
Tapi sedappppp. 









Ayam dipotong kecik2. Biasanya aku akan pakai bahagian dada. 
Senang anak makan. Tak serabut dengan tulang. Mudahkan mereka.
Masa rehat sekejap je. Takut tak sempat makan sibuk berperang dgn makanan..haha




Pakai mi cintan. Sedap. 
Mi lain tak penah try.











Alamak terliur plk tgk jemput2 bilis ni. :p


Carbonara meatball:
Chicken ball goreng mcm cara di atas (sorry mls nak repeat. Hiks)
Goreng skali dgn bwh holland potong ikut suka. Aku suka panjang2. Masuk capsicum sekali. 
Ketepikan.

Tuang carbonara sos (prego) dlm kuali.
Campurkan freshmilk ikut kepekatan yg kita nak. Sorry aku tak penah sukat. Agak2 je. 
Masuk hirisan button mushroom kalau nak rasa lebih mewah. Kalau tak pun boleh je..
Black+white pepper, pasley, oregano etc. Apa yg ada, masuk je. Jgn masuk belacan sudah..ok tak kelakar!

Masuk meatball dlm bekas, tuang sos. Tabur mozarella cheese. 
Bakar. Airfryer 8min. Oven biasa dlm 10-15min kot.






Ok, ni cara2 chic rolls. Pakai filling sama mcm spagetti/lasagna





Pizza: nnti ku update lagi ya. 
Tq!



































Ok..mari berdoa semoga diberikan kasihatan yang baik untuk meneruskan misi membekal.

Esok? Belum ada idea.
Tata. Jumpa lagi..




2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum!


Google pasal hotel tambun sampai sini, bestnye tengok lunch box awak!!
Sangat inspiring :)

Blog Ilmu said...

Wah best sangat tengok lunch box ni sis. Tak sabar pulak tunggu anak masuk sekolah. Hihi
9 Tips Untuk Anak Kurus Dan Enggan Makan