Thursday, December 18, 2014

Anugerah

Tahun ni Hari Anugerah bukan saja utk budak.
Tapi ada anugerah utk cikgucikgi jugak.


Ala aku dpt ni pun sbb panitia.
Walaupun ada kategori lain yg aku rasa aku berpeluang dpt tp tak.
Takpelah. Takde rezeki. Cuma terkilan sbb dr awal thn aku fight utk ketelusan penilaian.
Tp nmpknya takde perubahan apa. Siapalah aku. 
So next year aku tahu apa yg patut dan tak patut buat. Tak payah nak gempak2 sgt.
Letih!










Bila dh ada peristiwa, haruslah gedik2 sikit kan.
Hahha. Layan jelah mak2 org ni semua.



Nak pulak budak ustaz layan amikkan gambar kekakak ni.
Siap lagi...lagi...lagi...
Hahhaaa..tq ostaddd!







Che ta cawangan skbb. Kihkih






Ok tu je.
Tata.

Last day 2014

Gambar2 ni aku dh delete kat fb. 
Kebanyakan gambar kat sana aku akan privatekan atau delete lps tayang seminggu dua.
Bukan apa. Takde paedah kot.

Maka marilah abadikan di sini.
Last day sekolah hr tu.



Kak ju. Ada gak yg confuse aku dgn dia. Padahal kemain beza.



With liyana. Adik manis yg akan berkhidmat di labuan. Jaga diri dik.






Kekakak.
Kak fiza, kak ju, mek salmah, kak anizah, kak masilah.




Kak ju, yana, mala, mek salmah.


Gambar2 ni terpaksa edit sbb gelap. Ah blasahla.
Asalkan kenangan tersimpan. 

Ok tu je. 
Tata.

Sunday, December 14, 2014

Karipap Sardin Istimewa

Amboi kemain tak sempat nak update blog kan.
Padahal cuti sekolah. Byk je masa. Byk je cerita. Byk je gambar nak kena simpan.
Tp bizi bukan main.
Sebabnya melayan kdrama. Lps balik dr cuti2 utagha last week, dua hari marathon utk satu cerita. Now dh cerita ke 4.
Hebat sungguh diriku membuang masa.


Dah lama tak makan karipap sardin.
Boleh je beli. Tp malas nak sakit hati.
Seketul kurang2 limaposen. Bila gigit, angin je lebih. Pastu jumpa bawang. Lps bawang bawang lagi.
Hujung2 baru rasa sardinnya.

Meh la kita buat sendiri je.
Pagi2 tanya pokcik gugel resepi kulit karipap tersedap di dunia. Lantas terus masuk dapo.
Memang sedap ah.
Puas hati.
Ciklel bagi lima bintang.
Mau tak kembang kuncop. Kemain berketul2 aku makan. Ambik. Puas ati.



Yg buat istimewanya bukan apa. Daun bwg ni je. Hahhaa. Iklan je lebeyyy!
Sebab daun bawang hasil tuaian pasu sendiri.
Dia punya seronok mmg xleh diekspresikan. Kahkah over tau.
Daun bwg je pun.
Kecintaan pd tanammenanam ni mmg dh lama. 
Cuma xde masa nak membelek membelai dia.
Asal tanam pape je mesti dua tiga hari lps tu kiokk. Tu yg putus harapan.
Skg sejak2 dh tak bizi dgn kek, adala masa lebih2 utk hobi tersadai sekian lama ni.
Kepuasan maksima.


Sepatutnya potong cili masukkan sekali dlm ni.
Tapi sbb anak2 tak makan pedas, so takyahla. Letak dedaun cukup.



Satu adunan dpt dlm 18ketui. Sekali goreng 3-4 biji je. Yg lain aku frozenkan.
Ni gorengan kedua.

Untuk kulit karipap yg rangup dan sedap, tipsnya pakai butter cair dan air dari fridge.
Pastu masa canai jgn tebal2. Nipis sgt pun xleh. Agak2 la.



Kalau taknak gelembong2 tu, bila api dh panas tutup dulu baru masuk karipap. Pastu br bukak api balik semula. Balik2 jgn hangus.
Untuk frozen, goreng kejap je. Balik 3-4x dh boleh angkat.


Resepi ringkas2 dh la ya. Untuk rujukan masa hadapang. 

2 cwn tepung gandum
1/4 cwn mentega (cairkan)
1/2 cwn air sejuk
Garam sikit

Gaul gandum dgn mentega sampai jd mcm serbuk roti.
Masukkan air sejuk sikit2. Aku pakai tak abis pun. Tp sikit je la yg tinggal. Tgk doh dh ok takyah masuk semua.
Bahagi doh kpd 4. Biarkan kejap dl 5-10min.
Gelek dan terap. Aku pakai cawan kalerkali ikea tu. dh terap gelek lagi sekali nk ejaskan ketebalan dia.
Pastu boh la inti. Kelim.

Ok tu je.
Tata!